Monday, February 4, 2008

Coretan sempena Chinese New Year 2008



Corat Coret Kami




Tulisan adalah satu wadah untuk menyampaikan sesuatu.Corat Coret Kami merupakan kolum terbaru A & S Art Creative untuk menyampaikan apa jua cerita,gosip,nasihat,komen dan segala-galanya untuk bacaan anda.Anda juga boleh mengetahui projek terbaru kami di ruangan ini.Terima kasih daun keladi pada anda semua yang sudi membaca di ruangan ini.




Tanggal 7,8 dan 9 Februari adalah hari yang sangat sibuk bagi kami di A & S Art Creative.Sebelum tu lagi sibuk.Sebanyak 36 dulang hantaran perlu disiapkan untuk ketiga-tiga hari tu.Maklumlah Chinese New Year.Ramai ambil kesempatan cuti panjang untuk adakan majlis persandingan mempelai.Apapun Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bertunang.Mana yang tunang tu kalau kahwin nanti jemput-jemputlah kami untuk buat hantaran ye!


Anda boleh tengok betapa bersepahnya lokasi menggubah hantaran-hantaran tu.Sampai tak nampak lantai nak dipijak.heheh.3 majlis serentak diadakan.Tapi takpe,pelanggan punya pasal.semua boleh!Buat masa ni hanya gambar hantaran yang dalam proses kami siarkan.Tunggu dalam minggu depan,InsyaAllah kami akan upload gambar terbaru ketiga-tiga gubahan hantaran tu.Tungguuuu!!!